Tafsir Surah AsyShuaraa [141-152] Cabaran Terhadap Nabi Saleh

060621 [141-152]

Kaum Thamud diberikan tubuh yang kuat. Tetapi ini tidak memberi manfaat kepada mereka malahan membawa bala yang besar kerana mengingkari perutusan Nabi Saleh.
[Jamaluddin al-Qasimi]

Walaupun segala kemewahan dinikmati mereka dengan tanah yang subur dan hasil yang hebat tetapi tidak memberi sedikit manfaat kepada mereka tentang hakikat pengabdian mereka kepada ALLAH.
[Syed Qutb]

Maksud “al-isyraf” (ayat 152); Membawa cara hidup yang tidak diredhai ALLAH.
[Ibn Abbas]

Maksud “musahhariin” (ayat 152); terdapat beberapa tafsiran tetapi kesemuanya menunjukkan alasan yang sengaja direka.

Kaum Thamud mencabar Nabi Saleh mengeluarkan unta dari batu. Mereka sanggup beriman sekiranya ia berlaku.
[Ibn Kathir]

Nabi Saleh membuat solat hajat untuk memohon bantuan ALLAH.
[Jamaluddin al-Qasimi]

Kaedah solat hajat.

Solat sunat seperti biasa.
Rakaat pertama, baca surah al-Kaafiruun.
Rakaat kedua, baca surah al-Ikhlas.
Panjang sujud terakhir untuk berdoa.

Doa selepas memberi salam (sila dengar audio)
“Ya ALLAH, tiada yg benar melainkan Engkau. Yang Maha Lemah Lembut. Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya aku memohon kepadaMU…”
[An Nawawi,kitab “al-Azkar”]

Pengajaran penting dari kisah ini, kaum muslimin hendaklah sentiasa membuat hubungan dengan ALLAH.

Unta itu mengeluarkan susu yang banyak. Tetapi ada syarat2 yang mesti dipatuhi oleh Kaum Thamud.
[Imam as-Sayuti]

Kaun Thamud tidak mematuhi syarat tersebut maka wujud pakatan membunuh unta tersebut.

%d bloggers like this: