AlQamar [1-3] Pengenalan Surah Al Qamar

Al Qamar (Bulan) menceritakan kejadian ciptaan ALLAH di dunia.

Surah ini dibaca oleh Rasulullah di dalam sunat aidiladha dan aidilfitri. Surah ini menceritakan asal-usul kejadian manusia. -( Tafsir al-Qasimi)

Bahasa arab mempunyai beberapa perkataan yang merujuk ke pada bulan (“Qamar”, “Hilal”, “Badr”). “Qamar” merujuk kepada bulan  . “Hilal” merujuk kepada hari 1 hingga hari ke14. Badr merujuk kepada malam ke15.  -(Tafsir as-Thawi)

Ayat ini menunjukkan betapa dekatnya hari Qiamat dengan kita i.e. “Bulan telahpun terbelah dekat waktu berlaku kiamat”.  -(Mohd Ali asySyaukani)

Pandangan kedua – kejadian “bulan terbelah” bukan merujuk kepada peristiwa di zaman Nabi tetapi kejadian yang akan berlaku pada masa hadapan.  -(Imam Qurtubi)

Akan tetapi pandangan kedua ini adalah pandangan yang ditolak. Kerana ayat ke2 merujuk khusus kepada perihal kaum musyrikin di zaman Rasulullah. Hal ini telahpun berlaku. -(Az Zajjaj)

Ayat ini menjelaskan perkara yang telah berlaku. (Mohd Ali asSyaukani merujuk kepada Ibn Kathir)
Ayat ke2 menceritakan perihal kaum musyrikin ketika melihat kejadian bulan terbelah dua.

Ayat ini juga menjadi isyarat bahawa tempoh Qiamat sudahpun dekat.

%d bloggers like this: